->

Saturday, December 26, 2015

Mitsui Outlet Sepang , Betul ke murah ?

Bila cakap pasal shopping , ada antara kita yang tak kisah nak spend beribu untuk barang branded and ada sesetengah (macam aku) yang particular pasal harga . Kalau kita mamang bijak belanja , pasti duit yang mengalir berbaloi dengan barang yang kita beli especially yang branded macam pepatah alah membeli menang memakai kan?
So , baru-baru ni aku ada singgah kat Mitsui Outlet Sepang , ala mall ni ala-ala JPO lah tapi kecik sikit and branded houses pun tak banyak , maybe sebab mall dia baru and i hope dia akan upgrade kan kualiti and kuantiti kedai dari semasa ke semasa Banyak branded houses yang ada . Topman/Topshop(my favourite!) , Cotton On , Espirit , Rockport , Adidas , Nike , Dr Martens . and others (do check their website https://www.mitsuioutletparkklia.com.my/shopping.php for more infos) So , and of all the excitement and I bought ..... nothing ! I will explain why Aku memang setuju barang diorang murah , tapi tak terlalu murah . Berbaloi untuk orang yang dah kumpul duit untuk beli barang yang mereka nak . Tapi 1. Barang yang dijual tak banyak Barang yang dijual tampak di-display banyak tapi actually barangan sama dan sesetengah kualiti memang hampeh (so make sure kena check and pilih sebelum beli) . Like example , aku masuk Topman , sangat kecewa sebab side untuk Topman kecik yang amat dan barangan yang dijual tak banyak walaupun murah . Next , Zalora pun mengecewakan aku , untuk macam orang yang shopping freak macam aku , aku akan sentiasa check harga kedai and online , and what Ive got to say is , beli online lagi baik ! 2. Perlu ke beratur sebelum masuk kedai ? Sesetengah kedai mungkin ada polisi sebelum masuk , kena beratur . Maybe tak nak bagi kedai overflow dengan customers or faktor keselamatan . Tapi , aku rasa tak perlu sebab most customers hanya window shopping and ramai yang datang dengan anak kecik , so untuk diorang menunggu selama 10 mins untuk masuk , sangat tak berbaloi dan kesian kat mereka ! 3. Discount , betul ke discount ? Hmmm , untuk ni , aku rasa korang patut ke sana untuk tengok sendiri . From what i observed , most kedai guna cara Buy 1 item for 30 percent , second item dapat 50 and third item 70 percent dengan syarat barang pertama haruslah lebih mahal dari kedua dan ketiga . Tapi , bagi orang yang nak beli satu barang sahaja macam aku , lebih baik aku cari tempat lain yang offer harga lebih mantap untuk sepasang kasut New Balance , oops 4. Lapar ? BAWAK BEKAL DARI RUMAH DEMI MENYELAMATKAN DUIT POKET ANDA ! Tapi yang aku salute kat Mitsui ni , parking spaces memang luas seluas Gurun Sahara , so if korang prefer nak datang ramai , bawaklah lori okay ? So , ini pendapat saya , if anda rasa sebaliknya bolehlah comment kat sini Saya ni cuba nak jadi pengguna/pembeli bijak sebab saya ni bukan golongan berada tapi nak merasa barang branded dengan cara yang lebih pintar . So , till next time !

Thursday, December 24, 2015

Bebanan kompaun DBKL , dapatkan diskaun !

Pernahkah korang kena saman dari DBKL sebab korang dengan leka park sesuka hati atau tanpa sengaja ! Pernahkan korang berjalan pernuh ria ke kereta untuk pulang ke rumah dari seharian bekerja TETAPI sebaik sahaja korang sampai ke kereta , sebuah nota cinta dari DBKL terlipat rapi di celah windscreen ! macam ni ... dan disaat tu mulut korang pun mengumpat tanpa henti kann ?
Aku jenis yang patuh sikit kat undang undang walaupun ada sesetengah pihak tak endah pun nak bayar saman DBKL ni KITA DAH BUAT SALAH , jadi kenalah ikut denda walaupun sometimes rasa macam nak naik angin pun ada So , aku nak bag tips kat korang yang saban hari memikirkan dok bilalah DBKL nak buat diskaun kompaun macam tahun 2012 tu Well , lagi lama korang tunggu , saman-saman korang tu dah boleh mencecah ribuan ringgit setanding dengan beg LV gred AAA Kalau kes aku , tempat aku belajar memang ramai student pakai kereta and parking pun kecik , dan aku hanya berfikir yang baik. mungkin universiti aku taknak menyarankan student bawak kereta ataupun student kat uni aku terlalu kaya bawak dua kereta sekaligus tatkala ke kelas . Baru dua minggu lepas aku kena kompaun DBKL , sakitnya tuh di sini .Mana tak nye , aku hanya lambat 2 minit ! 2 minit ! tapi aku percaya pada takdir , kalau Tuhan nak suruh mangkuk i mean penguatkuasa tu saman , maka disamanlah aku pada waktu tu . So , kalau korang nak bayar bulat bulat saman yang tertulis kat tiket saman korang , go ahead . tapi aku ni orang susah , so aku akan cari jalan untuk mengurangkan bebanan aku , so kalau korang bijak (i believe you are) , ikutlah cara aku Tips pertama korang jangan lambat bayar denda korang tu ! sebab lagi lama korang tunggu , lagi mahal dendaan kompoun . TIPS KEDUA yang aku nak share , until korang yang rasa saman korang tu memang tak relevan bagi kehidupan korang especially student macam aku bolehlah dapatkan diskaun ! Macam mana ? Meh aku share So , korang cepat cepat ke pejabat DBKL kat Jalan Raja Laut dan jumpa dengan pegawai kompaun mereka yang kachak lagi bergaya : Kaunter No. 15, Kaunter Bayaran, Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
(daripada laman web dbkl.gov.my) Lebih afdal kalau korang pergi seawal subuh dan menunggu pintu dibuka jam 8pagi sebab orang tak ramai time tu Macam kes aku , aku kena saman sebanyak RM100 sebab kesalahan parking So aku hanya beratur untuk berjumpa dengan pegawai kompaun kat situ , tak lama hanya dalam 5 minit je Then kau nyatakan sebab korang nak pengurangan kompaun , Tips untuk student especially , my university mates ! You all just state that you guys are only student and there was lack of parking spaces available And if they accept permohonan korang , diorang akan tulis berapa ringgit korang harus bayar Macam aku , aku dapat diskaun 50 percent , so hanya RM50 perlu dibayar Jimatlah RM50 duit belanja disitu ! Tap TIPS paling penting , korang jangan lengahkan bayar kompaun tu . Sepertimana diriwayatkan yang diriwayatkan dari Ibnu Umar "Barangsiapa meninggal dunia dalam keadaan menanggung hutang satu Dinar atau satu Dirham, maka dibayarilah (dengan diambilkan) dari kebaikannya; karena di sana tidak ada lagi Dinar dan tidak (pula) Dirham.” Pahala Kebaikan Orang Yang Mati Dalam Keadaan Berhutang Akan Menjadi Tebusan Bagi Hutangnya Pada Hari Kiamat.